Sebuah perjalanan yang tak menarikpun pada pandangan aku tapi sesuatu mungkin berguna pada orang lain. Contoh macam perjalanan Parameswara membuka Melaka, bukan menarikpun cerita seorang pelarian politik seperti Parameswara tu tapi kerana perjalanan hidupnya itu telah meneruskan dan menambah nilai lembaran satu bangsa yang unggul iaitu bangsa Melayu. Maka ia telah menjadi amat penting kini...
Sabtu, 18 Jun 2011
Rabu, 6 April 2011
Bab 6 - Terpaksa kerana sebuah harapan
Sehabis belajar di Giat Mara Polis di Sungai Bakap, aku menganggur. Sebenarnya aku pun bukan dok diam je, aku tolong Mak aku jaga kambing dan lembu. Satu hari Mak aku meminta aku mengisi borang guru. Aku membantah tapi Mak membebel marah. Aku tahu itu harapan Abah. Dulu Abah bercita-cita menjadi guru, tapi kerana kesempitan wang, Abah terpaksa melupakan hasratnya.
Aku diterima menjadi pelatih guru di sebuah maktab di selatan tanah air. Aku menggelar diri ku Hazarine kerana sebuah perasaan. Perasaan pada seseorang yang aku kenali baru sekejap cuma semasa aku bersekolah tingkatan enam di Sekolah Raja Culan, Ipoh. Hazarin adalah nama warna untuk hijau pucuk pisang.

Warna hazarin
Bunga hazarine adalah sejenis bunga lili yang berwarna hazarine.
Bunga hazarine
Bab 4 - Ke Universiti Teknologi Mara
Baru tiga bulan belajar di Sekolah Raja Chulan, akau mendapat tawaran belajar ke Institut Teknologi Mara (sekarang ini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara). Aku pergi tanpa melapurkan perpindahan aku pada pejabat Sek. raja Chulan. Aku dihantar ke UiTM Shah Alam oleh kakak dan bakal abang ipar ku. Setelah mendaftar, aku diminta tinggal di kolej (hostel) Anggerik, sebuah kolej yang baru dibina. Pada masa itu, kolej ini merupakan kolej paling hujung iaitu terletak hampir ke pintu belakang UiTM. Di kawasan sebelah luarnya adalah kawasan hutan samun dan kelapa sawit. Namun sekarang, kawasan ini telah menjadi kawasan perumahan.
Aku memasuki jurusan seni di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR), UiTM Shah Alam (Sekarang di kenali sebagai FSSR). Disinilah aku memperkuatkan idea aku tentang sebuah negara bernama Atizoriah.
Setahun aku belajar asas seni di Kompleks PKNS Shah Alam iaitu sebuah kompleks membeli belah di Kawasan Emas Shah Alam. Di kawasan ini terdapatnya Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri, Masjid Negeri dan hotel. Terdapat juga Tasik Shah Alam tempat penduduk bersantai dan tempat kami mencari ilham.

Bab 3 - TJ, AG dan Ibnu Ahmad
Dunia baru, aku semakin jauh dari Ibu dan rumah, kalau dulu aku kesekolah berjalan kaki je, tapi kini aku ke sekolah menaiki bas sekolah sebab sekolah menengah yang aku masuk itu terletak jauh dari kampung. Sekolah Menengah Seri Teja, Gopeng, itu namanya.
Aku memperkenalkan diriku sebagai TJ yang bermaksud Teja. Nama itu kekal hingga aku memasuki universiti. Bilamana aku berkarya, nama itu yang ku guna.
Logo SM. Seri Teja. Sekolah menengah aku selama lima tahun
Aku memperkenalkan diriku sebagai TJ yang bermaksud Teja. Nama itu kekal hingga aku memasuki universiti. Bilamana aku berkarya, nama itu yang ku guna.
Sekuntum Bunga Hazarin
Telah berkembangan sekuntum bunga hazarine
Di halaman sebuah rumah
Yang membentuk sisi-sisi indah
Sebuah kehidupan seorang manusia
Yang bernama Teja
Indah benarkah kehidupannya
Yang tiada siapa-siapa
Kecuali diri serta karinnya
Serta Tuhan Yang Maha Kuasa
Bilamana masa kecilnya
Penuh sendirian tanpa teman
Tanpa tawa juga duka
Tanpa siapa-siapa bernama manusia
Teman itu bagi ku
Tidak lebih cuma
Manusia-manusia obsesi
Yang mementingkan diri
Serta bangga diri
Dan bagiku cukuplah
Cuma sekuntum bunga hazarin
Sebagai penawar duka lara
Dikala senjakala
TJ, SMK. Seri Teja, Gopeng 1987
Bab 2 - Bermulanya sebuah cerita
Aku bersekolah di sekolah rendah SK. Pengkalan Baharu, Pengkalan Baharu, Sungai Raia, Perak Darul Ridzuan. Tanpa pernah memasuki mana-mana tadika aku melangkah masuk ke sekolah yang nampak gah pada pandangan mata aku. Ya la, sebelum ni sekolah aku adalah denai-denai hutan dan pinggir-pinggir paya. Kawan-kawan aku cumalah burung-burung, serangga-serangga dan bermacam-macam jenis haiwan lagi. Teman-teman aku pula adalah pokok-pokok yang sering menyanyikan lagu-lagu indah apabila ditiup angin manakala sahabat aku pula adalah titisan-titisan hujan yang adakalanya lebat dan adakalanya selembut sutera yang mana sering memberi ilham dan peneman yang setia kepada ku.
Lokasi sekolah tempat aku bersekolah rendah. Rumag Guru B itu merupakan kelas yang paling lama aku duduki dan merupakan bilik darjah yang paling menyeramkan di sekolah itu. Sejak pembukaan Taman Perumahan Pengkalan Baharu di seberang jalan sekolah ini telah menjadikan sekolah ini semakin menyeramkan.

Logo sekolah SK. Pengkalan Baharu yang telah tercipta sebelum aku dilahirkan lagi.
Isnin, 21 Mac 2011
Bab 1 - Kelahiran
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga bahagia. Walaupun miskin harta tapi kaya budi bahasa. Hari itu, Mak kata waktu subuh bening maksudnya dalam pukul 5 pagi, waktu sahur. Aku lahir di rumah sendiri disambut oleh Mak Bidan. Kerana badan ku ketika lahir amat kecil iaitu sebesar lengan orang, maka aku lahir dengan amat mudah tanpa membuatkan Mak aku meneran kesengsaraan. Itu cerita Mak.
Dalam sebulan selepas dilahirkan, badanku membesar dengan cepat dan menjadi normal seperti anak-anak orang lain. Ibu mewarisi darah orang Minang dari suku Talu dan mungkin sedikit darah Cham dari Champa sebab itu wajah ibu seperti wajah orang Cham iaitu berkulit putih dan bermata sepet.
Pernah ibu aku semasa bayinya dilambung-lambung oleh tentera Jepun dengan tangan kanannya manakala tangan kiri memegang benet dengan tujuan untuk dibunuh kerana orang Jepun amat membenci orang Cina. Mujur datuk ku Tok Ibrahim dapat meyakinkan tentera Jepun tersebut bahawa bayi itu adalah anaknya.
Di bawah merupakan dialek Tolu yang di kutip tanpa izin dari sebuah laman http://rangtalu.net/duyan-kadam.html. maaf...ya Rang Talu...
“Duyan Kadam“ maghupokan sabuah judul logu ronggeng pasaman nan ocok diloguan ughang bajoged di pentas ronggeng tapi nan paliang manjadi pavorit (ughang banyak suko) sabona’e logu “Tolak Tigo”.
Mandonga logu duyan kadam apolagi kinin sadang musim duyan lo (mangalacak) dikampuang itoh, mako takona pulo kisah lamo siDaihpoman dengan siWot, jadi ba-nostalgia lah sobuak. Kigho2 condo iko bunyi pantun logu ro :
Duyan banamo duyan kadam, ughang pinaga mambutia-nyo
Awak manjago siang jo malam, ughang dilua mandapek-nyo.
Apo nan dimungkosuik dalam pantun logu duyan kadam ro iyo kajadian bona dalam iduik siDaihpoman, mongko caito’e : Bacaghito duyan pakaro duyan kalau dikampuang awak untuak mandapek duyan masak biaso’e baintaian jatuah di pangka duyan ro bona. Ndo condo di tompek lain doh (misal di jawa) sadang mancimpua alias mongka jo duyan ru baghu olah dipanjek baghuntuahan sampai sokah bagai dahan’e.
Kisah nyato mandapek duyan kadam (bungo kampuang…?) nan buliah jadi olah diintai-an banyak ughang (anak mudo) di tolu 30 (tigo puluah) nan lalu ampiang samo dengan kisah “siDaihpoman mandapek jodoh”, maklumlah nan induak bogheh (andaikpaja) daghi siDaihpoman ro sajak kociak sampai godang alias olah manjadi gadih manih wa’e ro tingga di tolu….. yoo rangtalu den takona jo rangtalu.
Ibaraik duyan masak dibatang tontu oghum baun’e sainggo mambuek ughang nan mancoliakbuah duyan didahan sampai2 maintiak bajalijia ayia liua ro dek nak ondak. Godang kamungkinan tontu banyak pulo teh nyoh anak mudo nan maintai-an siang jo malam dipangka duyan nan banamo duyan kadam. Mujua ndo dapek dighaiah – malang ndo dapek ditulak….. MOH ndo teh iyo – duyan kadam ro jatuah tapalantiang ka polak (pelukan) siDaihpoman nan tingga dilua (dighantau). Jadi montunlah malalui tulisan nan sacepeng gho : siDaihpoman minto mo’oh kabokeh dunsanak nan tingga dikampuang sangkek itu, manolah tau soto pulo maintai duyan kadam jatuah badobuak ka tanah. Ba’a bonalah ndodapek di awak doh, yang banamo jodoh Tuhan punyo kuaso tingga di awak manjalani.
Jujur, bacaito duyan pakaro duyan memang banyak duyan nan lomak dikampuang itoh nen (tolu), mulai daghi “duyan sikunik” sampai ka “duyan cingkuak” di paroman, nan “duyan toba kulik” lai juo. Salain itu nan paliang lomak ateh sado namo’e “duyan mancimpua”, lomak dimakan sudah dikubak apolagi di gulai jo di sonok, cuman sasudah makan duyan mancimpua ro kok kalua kontuik balopuik mako baun’e ndo tangguang busuak ‘e doh, iyo ghosai-an lah dek iduang sunsughang…….namo’e “Kontuik Duyan Mancimpua”.

Wajah-wajah orang Cham muslim. Mak aku ada la iras-iras ni
Pernah ibu aku semasa bayinya dilambung-lambung oleh tentera Jepun dengan tangan kanannya manakala tangan kiri memegang benet dengan tujuan untuk dibunuh kerana orang Jepun amat membenci orang Cina. Mujur datuk ku Tok Ibrahim dapat meyakinkan tentera Jepun tersebut bahawa bayi itu adalah anaknya.
Asal suku Talu yang merantau ke Tanah Melayu semasa revolusi bijih timah pada 1800-an. Ketua mereka yang paling terkenal ialah Raja Puasa sahabat Raja Asal yang terlibat dalam Perang Selangor.
Di bawah merupakan dialek Tolu yang di kutip tanpa izin dari sebuah laman http://rangtalu.net/duyan-kadam.html. maaf...ya Rang Talu...
“Duyan Kadam“ maghupokan sabuah judul logu ronggeng pasaman nan ocok diloguan ughang bajoged di pentas ronggeng tapi nan paliang manjadi pavorit (ughang banyak suko) sabona’e logu “Tolak Tigo”.
Mandonga logu duyan kadam apolagi kinin sadang musim duyan lo (mangalacak) dikampuang itoh, mako takona pulo kisah lamo siDaihpoman dengan siWot, jadi ba-nostalgia lah sobuak. Kigho2 condo iko bunyi pantun logu ro :
Duyan banamo duyan kadam, ughang pinaga mambutia-nyo
Awak manjago siang jo malam, ughang dilua mandapek-nyo.
Apo nan dimungkosuik dalam pantun logu duyan kadam ro iyo kajadian bona dalam iduik siDaihpoman, mongko caito’e : Bacaghito duyan pakaro duyan kalau dikampuang awak untuak mandapek duyan masak biaso’e baintaian jatuah di pangka duyan ro bona. Ndo condo di tompek lain doh (misal di jawa) sadang mancimpua alias mongka jo duyan ru baghu olah dipanjek baghuntuahan sampai sokah bagai dahan’e.
Kisah nyato mandapek duyan kadam (bungo kampuang…?) nan buliah jadi olah diintai-an banyak ughang (anak mudo) di tolu 30 (tigo puluah) nan lalu ampiang samo dengan kisah “siDaihpoman mandapek jodoh”, maklumlah nan induak bogheh (andaikpaja) daghi siDaihpoman ro sajak kociak sampai godang alias olah manjadi gadih manih wa’e ro tingga di tolu….. yoo rangtalu den takona jo rangtalu.
Ibaraik duyan masak dibatang tontu oghum baun’e sainggo mambuek ughang nan mancoliakbuah duyan didahan sampai2 maintiak bajalijia ayia liua ro dek nak ondak. Godang kamungkinan tontu banyak pulo teh nyoh anak mudo nan maintai-an siang jo malam dipangka duyan nan banamo duyan kadam. Mujua ndo dapek dighaiah – malang ndo dapek ditulak….. MOH ndo teh iyo – duyan kadam ro jatuah tapalantiang ka polak (pelukan) siDaihpoman nan tingga dilua (dighantau). Jadi montunlah malalui tulisan nan sacepeng gho : siDaihpoman minto mo’oh kabokeh dunsanak nan tingga dikampuang sangkek itu, manolah tau soto pulo maintai duyan kadam jatuah badobuak ka tanah. Ba’a bonalah ndodapek di awak doh, yang banamo jodoh Tuhan punyo kuaso tingga di awak manjalani.
Jujur, bacaito duyan pakaro duyan memang banyak duyan nan lomak dikampuang itoh nen (tolu), mulai daghi “duyan sikunik” sampai ka “duyan cingkuak” di paroman, nan “duyan toba kulik” lai juo. Salain itu nan paliang lomak ateh sado namo’e “duyan mancimpua”, lomak dimakan sudah dikubak apolagi di gulai jo di sonok, cuman sasudah makan duyan mancimpua ro kok kalua kontuik balopuik mako baun’e ndo tangguang busuak ‘e doh, iyo ghosai-an lah dek iduang sunsughang…….namo’e “Kontuik Duyan Mancimpua”.
Mana-mana tak paham tu jangan tanya aku...
Pada masa kebesaran bangsa Cham mereka mentadbir kawasan yang meliputi Vietnam selatan dan Kemboja, kini bangsa itu menjadi minoriti di tanah air sendiri. Masih berpakaian dan mengamalkan budaya Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu lama yang dicampur dengan bahasa-bahasa bangsa mendatang yang memerintah.
Asal keturunan datuk sebelah ayah yang dikatakan perantauan dari daerah Patani-Kelantan kerana melarikan diri dari serangan orang-orang Siam yang menakluk daerah itu.
Langgan:
Catatan (Atom)