Rabu, 6 April 2011

Bab 6 - Terpaksa kerana sebuah harapan

Sehabis belajar di Giat Mara Polis di Sungai Bakap, aku menganggur. Sebenarnya aku pun bukan dok diam je, aku tolong Mak aku jaga kambing dan lembu. Satu hari Mak aku meminta aku mengisi borang guru. Aku membantah tapi Mak membebel marah. Aku tahu itu harapan Abah. Dulu Abah bercita-cita menjadi guru, tapi kerana kesempitan wang, Abah terpaksa melupakan hasratnya.

Aku diterima menjadi pelatih guru di sebuah maktab di selatan tanah air. Aku menggelar diri ku Hazarine kerana sebuah perasaan. Perasaan pada seseorang yang aku kenali baru sekejap cuma semasa aku bersekolah tingkatan enam di Sekolah Raja Culan, Ipoh. Hazarin adalah nama warna untuk hijau pucuk pisang.

Warna hazarin

Bunga hazarine adalah sejenis bunga lili yang berwarna hazarine.


Bunga hazarine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan