Baru tiga bulan belajar di Sekolah Raja Chulan, akau mendapat tawaran belajar ke Institut Teknologi Mara (sekarang ini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara). Aku pergi tanpa melapurkan perpindahan aku pada pejabat Sek. raja Chulan. Aku dihantar ke UiTM Shah Alam oleh kakak dan bakal abang ipar ku. Setelah mendaftar, aku diminta tinggal di kolej (hostel) Anggerik, sebuah kolej yang baru dibina. Pada masa itu, kolej ini merupakan kolej paling hujung iaitu terletak hampir ke pintu belakang UiTM. Di kawasan sebelah luarnya adalah kawasan hutan samun dan kelapa sawit. Namun sekarang, kawasan ini telah menjadi kawasan perumahan.
Aku memasuki jurusan seni di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR), UiTM Shah Alam (Sekarang di kenali sebagai FSSR). Disinilah aku memperkuatkan idea aku tentang sebuah negara bernama Atizoriah.
Setahun aku belajar asas seni di Kompleks PKNS Shah Alam iaitu sebuah kompleks membeli belah di Kawasan Emas Shah Alam. Di kawasan ini terdapatnya Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri, Masjid Negeri dan hotel. Terdapat juga Tasik Shah Alam tempat penduduk bersantai dan tempat kami mencari ilham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan