Sebuah perjalanan yang tak menarikpun pada pandangan aku tapi sesuatu mungkin berguna pada orang lain. Contoh macam perjalanan Parameswara membuka Melaka, bukan menarikpun cerita seorang pelarian politik seperti Parameswara tu tapi kerana perjalanan hidupnya itu telah meneruskan dan menambah nilai lembaran satu bangsa yang unggul iaitu bangsa Melayu. Maka ia telah menjadi amat penting kini...
Rabu, 6 April 2011
Bab 6 - Terpaksa kerana sebuah harapan
Sehabis belajar di Giat Mara Polis di Sungai Bakap, aku menganggur. Sebenarnya aku pun bukan dok diam je, aku tolong Mak aku jaga kambing dan lembu. Satu hari Mak aku meminta aku mengisi borang guru. Aku membantah tapi Mak membebel marah. Aku tahu itu harapan Abah. Dulu Abah bercita-cita menjadi guru, tapi kerana kesempitan wang, Abah terpaksa melupakan hasratnya.
Aku diterima menjadi pelatih guru di sebuah maktab di selatan tanah air. Aku menggelar diri ku Hazarine kerana sebuah perasaan. Perasaan pada seseorang yang aku kenali baru sekejap cuma semasa aku bersekolah tingkatan enam di Sekolah Raja Culan, Ipoh. Hazarin adalah nama warna untuk hijau pucuk pisang.

Warna hazarin
Bunga hazarine adalah sejenis bunga lili yang berwarna hazarine.
Bunga hazarine
Bab 4 - Ke Universiti Teknologi Mara
Baru tiga bulan belajar di Sekolah Raja Chulan, akau mendapat tawaran belajar ke Institut Teknologi Mara (sekarang ini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara). Aku pergi tanpa melapurkan perpindahan aku pada pejabat Sek. raja Chulan. Aku dihantar ke UiTM Shah Alam oleh kakak dan bakal abang ipar ku. Setelah mendaftar, aku diminta tinggal di kolej (hostel) Anggerik, sebuah kolej yang baru dibina. Pada masa itu, kolej ini merupakan kolej paling hujung iaitu terletak hampir ke pintu belakang UiTM. Di kawasan sebelah luarnya adalah kawasan hutan samun dan kelapa sawit. Namun sekarang, kawasan ini telah menjadi kawasan perumahan.
Aku memasuki jurusan seni di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka (KSSR), UiTM Shah Alam (Sekarang di kenali sebagai FSSR). Disinilah aku memperkuatkan idea aku tentang sebuah negara bernama Atizoriah.
Setahun aku belajar asas seni di Kompleks PKNS Shah Alam iaitu sebuah kompleks membeli belah di Kawasan Emas Shah Alam. Di kawasan ini terdapatnya Muzium Negeri, Perpustakaan Negeri, Masjid Negeri dan hotel. Terdapat juga Tasik Shah Alam tempat penduduk bersantai dan tempat kami mencari ilham.

Bab 3 - TJ, AG dan Ibnu Ahmad
Dunia baru, aku semakin jauh dari Ibu dan rumah, kalau dulu aku kesekolah berjalan kaki je, tapi kini aku ke sekolah menaiki bas sekolah sebab sekolah menengah yang aku masuk itu terletak jauh dari kampung. Sekolah Menengah Seri Teja, Gopeng, itu namanya.
Aku memperkenalkan diriku sebagai TJ yang bermaksud Teja. Nama itu kekal hingga aku memasuki universiti. Bilamana aku berkarya, nama itu yang ku guna.
Logo SM. Seri Teja. Sekolah menengah aku selama lima tahun
Aku memperkenalkan diriku sebagai TJ yang bermaksud Teja. Nama itu kekal hingga aku memasuki universiti. Bilamana aku berkarya, nama itu yang ku guna.
Sekuntum Bunga Hazarin
Telah berkembangan sekuntum bunga hazarine
Di halaman sebuah rumah
Yang membentuk sisi-sisi indah
Sebuah kehidupan seorang manusia
Yang bernama Teja
Indah benarkah kehidupannya
Yang tiada siapa-siapa
Kecuali diri serta karinnya
Serta Tuhan Yang Maha Kuasa
Bilamana masa kecilnya
Penuh sendirian tanpa teman
Tanpa tawa juga duka
Tanpa siapa-siapa bernama manusia
Teman itu bagi ku
Tidak lebih cuma
Manusia-manusia obsesi
Yang mementingkan diri
Serta bangga diri
Dan bagiku cukuplah
Cuma sekuntum bunga hazarin
Sebagai penawar duka lara
Dikala senjakala
TJ, SMK. Seri Teja, Gopeng 1987
Bab 2 - Bermulanya sebuah cerita
Aku bersekolah di sekolah rendah SK. Pengkalan Baharu, Pengkalan Baharu, Sungai Raia, Perak Darul Ridzuan. Tanpa pernah memasuki mana-mana tadika aku melangkah masuk ke sekolah yang nampak gah pada pandangan mata aku. Ya la, sebelum ni sekolah aku adalah denai-denai hutan dan pinggir-pinggir paya. Kawan-kawan aku cumalah burung-burung, serangga-serangga dan bermacam-macam jenis haiwan lagi. Teman-teman aku pula adalah pokok-pokok yang sering menyanyikan lagu-lagu indah apabila ditiup angin manakala sahabat aku pula adalah titisan-titisan hujan yang adakalanya lebat dan adakalanya selembut sutera yang mana sering memberi ilham dan peneman yang setia kepada ku.
Lokasi sekolah tempat aku bersekolah rendah. Rumag Guru B itu merupakan kelas yang paling lama aku duduki dan merupakan bilik darjah yang paling menyeramkan di sekolah itu. Sejak pembukaan Taman Perumahan Pengkalan Baharu di seberang jalan sekolah ini telah menjadikan sekolah ini semakin menyeramkan.

Logo sekolah SK. Pengkalan Baharu yang telah tercipta sebelum aku dilahirkan lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)